Elon Musk mengembalikan semula akaun Twitter beberapa wartawan yang sebelum ini digantung selama sehari berikutan kontroversi menerbitkan data awam mengenai pesawat milik bilionair itu. <br /><br />Tindakan itu dibuat selepas penggantungan yang tidak pernah berlaku sebelum ini sekali gus membangkitkan kritikan daripada pegawai kerajaan, kumpulan advokasi dan organisasi kewartawanan dari beberapa negara.
